Thailand ketat peraturan termasuk kenderaan Malaysia

25 Aug 2026 • 11:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Thailand ketat peraturan termasuk kenderaan Malaysia

KANGAR – Pihak berkuasa Thailand kini giat menguatkuasakan peraturan lalu lintas termasuk terhadap kenderaan dari Malaysia.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, beberapa pemandu rakyat Malaysia dilaporkan dikenakan saman atas kesalahan berkaitan dokumentasi dan lalu lintas.

Justeru katanya, rakyat Malaysia yang memasuki Thailand menggunakan kenderaan sendiri disarankan membawa lesen memandu asal Malaysia dalam bentuk fizikal dan tidak bergantung sepenuhnya pada lesen digital menerusi aplikasi MyJPJ.

“Dokumen penting termasuk pendaftaran kenderaan, insurans dan dokumen lain yang diperlukan hendaklah dibawa sepanjang perjalanan bagi memudahkan urusan pemeriksaan oleh pihak berkuasa, “ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia yang memandu atau menunggang kenderaan di Thailand juga diingatkan supaya sentiasa memakai tali pinggang atau topi keledar serta mematuhi semua peraturan lalu lintas yang ditetapkan pihak berkuasa Thailand. – BERNAMA

The post Thailand ketat peraturan termasuk kenderaan Malaysia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved