Thailand rekod kes kelima ‘MonkeyPox’

16 Aug 2022 • 11:24 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

BANGKOK: Pada 18 julai lalu, Thailand merekodkan kes pertama cacar monyet yang membabitkan seorang warga Nigeria berusia 27 tahun.

Terkini kes di Thailand sudah mencecah lima orang dengan terbaru seorang wanita tempatan berusia 25 tahun disahkan pesakit terbaru cacar monyet.

image is not available

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr. Opas Karnkwinpong wanita itu mempunyai sejarah perjalanan ke Dunia, Emiriah Arab Bersatu dan dipercayai dijangkiti sebelum tiba di Thailand.

“Wanita tersebut mempunyai gejala sebelum sampai di Thailand.

“Sewaktu tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, wanita itu dikesan mengalami simptom ketara dan ruam di badannya.

“Dia kemudian telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Ujian makmal mengesahkan wanita itu positif cacar monyet.” – ujarnya

Pihak berkuasa kesihatan kini telah mengenal pasti dua orang penumpang warga asing yang duduk bersebelahan wanita itu dan telah dikategori sebagai kontak rapat.

Dalam usaha membendung penularan yang lebih teruk, pihak berkuasa kini menjejak penumpang tersebut.

Cacar Monyet diisytiharkan sebagai wabak kecemasan kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

image is not available

Wabak ini sedang menular dengan pantas di beberapa negara Eropah dengan Itali kini sedang bergiat aktif memberi vaksinasi kepada rakyat mereka. Amerika menjadi negara tertinggi jumlah kes direkodkan.

Menurut sumber mengatakan lebih 1000 kes dicatatkan sehari di Amerika Syarikat dan kes terkini sudah melebihi 5 angka.