Thailand ujian sebenar Harimau Malaya

FootballSports
30 Jul 2026 • 8:35 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Thailand ujian sebenar Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui masih banyak ‘kerja rumah’ perlu dilakukan anak buahnya biarpun membenam cabaran Laos 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan B Piala ASEAN 2026, kelmarin.

Menurut Cheng Hoe, anak buanya bakal berdepan cabaran sebenar dalam aksi ketika menentang Thailand di Stadium Rajamangala pada Sabtu ini, sekali gus menuntut peningkatan prestasi berbanding dua perlawanan awal sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Cheng Hoe turut memberikan amaran kepada pemain supaya tidak berasa selesa dengan dua kemenangan awal kerana setiap kesilapan boleh merugikan pasukan dalam usaha merebut tiket ke separuh akhir.

“Sebagai jurulatih, saya sangat berpuas hati dengan keputusan ini dimana kami mampu meneruskan momentum dan tingkatkan lagi persefahaman pasukan. Tiga mata beri motivasi kepada kami sebelum hadapi Thailand.

“Tetapi sudah pasti kami masih ada banyak kerja rumah yang perlu dilakukan untuk tingkatkan lagi permainan kami sebelum hadapi perlawanan selepas ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan, kelmarin.

Dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur itu, Paulo Josue membuka jaringan pertama skuad negara diikuti jaringan kedua daripada Endrick Dos Santos, gol sendiri pemain Laos, Viengxay Sitdavong sebelum Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal meledak gol keempat.

Mengulas aksi menentang Thailand, Cheng Hoe berkata, Harimau Malaya perlu meningkatkan ketajaman jentera serangan selepas berdepan kesukaran menembusi benteng pertahanan Laos pada babak pertama.

Menurutnya, jaringan pembukaan kapten, Paulo Josue berjaya menyuntik keyakinan pasukan sebelum corak permainan Harimau Malaya menjadi lebih lancar pada separuh masa kedua.

“Thailand memiliki barisan pemain berkualiti dan beraksi di laman sendiri. Kami perlu bersedia menghadapi cabaran yang lebih sukar. Semangat berpasukan akan menjadi kunci utama jika mahu memperoleh keputusan positif,” katanya.

Dalam pada itu, Cheng Hoe turut memuji peningkatan prestasi pemain sayap muda negara, G. Pavithran yang menyumbang dua bantuan jaringan walaupun bergelut pada awal permainan.

Bekas jurulatih Selangor dan kedah itu menyifatkan pemain muda itu memiliki potensi besar dan hanya memerlukan keyakinan serta bimbingan daripada pemain senior untuk terus berkembang.

“Pavithran semakin menunjukkan peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Dia perlu terus percaya kepada kemampuan sendiri dan belajar daripada pemain lebih berpengalaman,” katanya. – UTUSAN

The post Thailand ujian sebenar Harimau Malaya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved