Thaipusam: Polis Tutup 7 Jalan Untuk Lancarkan Aliran Trafik

7 Feb 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Menjelang ketibaan Hari Thaipusam, tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mulai Ahad ini sehingga 14 Februari.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam sidang media Op Palu sempena Thaipusam di Batu Caves, semalam.

image is not available

Antara jalan yang ditutup:

• Kampung Melayu ke Batu Caves.

• Susur daripada arah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Kuil Batu Caves

• Jalan Perusahaan ke Kuil Batu Caves.

• Susur MRR2 dari Sri Gombak ke Susur Perusahaan.

• Simpang tiga Jalan Seri Batu Caves 8/Jalan Batu Caves Lama.

• Simpang tiga lampu isyarat Sri Batu Caves .

• Jalan Susur Batu Caves Bypass menghala ke pintu utama Kuil Batu Caves.

Beberapa jalan itu terpaksa ditutup bagi memastikan kelancaran lalu berikutan kehadiran ramai pengunjung ke kuil itu sepanjang sambutan tersebut.

Sehubungan itu, kawasan Kuil itu juga merupakan kawasan larangan penerbangan dron,.

Jadi, bagi mereka yang hendak menerbangkan dron hendaklah membuat permohonan dan mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.