"Thanks" - Tunku Idris Perli Pemandu BMW Di IG Lepas Kereta 'H' Limited Editionnya Dilanggar

Cars
1 Aug 2022 • 5:20 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

'Perangai' dan 'Thanks'!

Itu dua kapsyen ringkas yang ditulis Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim di Instagram bagi menzahirkan kemurkaan dirinya terhadap sebuah kenderaan BMW bernombor plat asing -- selepas kenderaan tersebut dipercayai melanggar kereta baginda yang sedang diparkir di ruang letak kenderaan.

Menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik Tunku Idris, kelihatan kereta baginda yang berwarna putih dan dipercayai merupakan sebuah kenderaan elektrik limited edition keluaran Honda dilanggar di bahagian tayar belakang hingga kemek dan bercalar.

image is not available

Bagaimanapun, pemandu BMW berkenaan dilihat hanya berjalan keluar dari keretanya dengan selamba tanpa melihat atau memeriksa kejadian pelanggaran tersebut.

image is not available

Disebabkan itu, Tunku Idris dipercayai memuat naik gambar keretanya yang kemek dengan kapsyen "Perangai" -- selain turut mengemaskini status di Instagram story dengan kapsyen "Thanks".

image is not available

Berdasarkan carian di Internet, rupa-rupanya kereta elektrik jenama Honda milik Tunku Idris itu hanya dikeluarkan beberapa unit sahaja di dunia dan difahamkan Malaysia tidak mengeluarkan model kereta tersebut di pasaran.

image is not available

image is not available

Kalau korang nak tahu sebenarnya selain mempunyai kemahiran untuk menerbangkan helikopter miliknya dengan cekap, Tunku Idris yang juga merupakan anak ketiga Sultan Johor ini juga mempunyai hobi tersendiri iaitu mengumpul deretan kereta-kereta berjenama mewah.

Bahkan, ada rekabentuk kereta-kereta mewahnya diubahsuai mengikut selera dan citarasa baginda sendiri.

image is not available

Jika korang mengikuti Instagram Tunku Idris, memang ia dipenuhi dengan foto-foto kereta mewah baginda, antaranya Pagani Huayra, Porsche, RUF, Alfa Romeo, BMW dan McLaren Mercedes-Benz SLR McLaren.

Malah, Tunku Idris juga memiliki Kereta BMW i8 yang dipandu oleh Tom Cruise dalam filem Mission Impossible 4.

image is not available