Thanuja sedih lihat haiwan dikorban pada Aidiladha -“Saya tak boleh nak faham…”

8 Jun 2025 • 2:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Thanuja sedih

Pelakon dan bekas Miss World Malaysia, Thanuja sedih lihat haiwan seperti lembu dan kambing disembelih dalam ibadah korban setiap kali tiba musim Aidiladha.

Thanuja sedih lihat haiwan setiap musim Aidiladha

Menerusi perkongsian di media sosial, Thanuja Ananthan, 40, mengaku emosinya sering terganggu apabila melihat video penyembelihan, apatah lagi apabila haiwan-haiwan tersebut kelihatan seolah-olah menangis.

“Setiap tahun bila tiba Aidiladha, saya rasa sangat sedih melihat lembu dan kambing disembelih.
Bila tengok video mereka, terutamanya bila mereka menangis, hati saya rasa hancur tengok mata mereka. Saya rasa kasihan sangat pada mereka,” tulisnya.

image is not available

 

Thanuja sedih lihat haiwan, tapi faham dengan situasi perayaan

Meskipun menghormati perayaan umat Islam, Thanuja mengakui masih sukar memahami konsep membela haiwan kemudian menyembelihnya.

“Saya faham ini adalah satu perayaan dan saya tak berniat nak kurang ajar, tapi saya tidak dapat tahan rasa sedih kepada lembu dan kambing.
Kenapa perlu dibesarkan, kemudian disembelih? Saya tak boleh nak faham, walau macam mana saya cuba,” ujarnya.

image is not available

Thanuja sedih lihat haiwan dikorban, elak tengok media sosial

Disebabkan terlalu emosi, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada media sosial seketika kerana tidak sanggup melihat terlalu banyak video penyembelihan yang lalu di ruangan maya.

image is not available

Korbankan haiwan ternakan bukan sesuatu yang kejam

Susulan daripada itu, rata-rata warganet dilihat memberi penjelasan bahawa ibadah korban adalah salah satu bentuk ketaatan dan keikhlasan kepada perintah Allah, serta dagingnya diagihkan kepada golongan memerlukan.

image is not available

Kambing, lembu tidak dipelihara seperti kucing atau anjing

image is not available

Jelaskan sembelih haiwan semua bersyarat

image is not available

Beri contoh senang faham

image is not available

Ucap terima kasih kerana beri pejelasan yang baik

Disebabkan itu, Thanuja telah mengucapkan terima kasih kepada cara masyarakat Muslim menerangkan dengan tenang dan penuh hormat tentang maksud sebenar ibadah korban.

Dia juga menghargai apa yang dijelaskan kepadanya dan memberi pengetahuan baru buatnya.

“Terima kasih kepada semua saudara Muslim saya di sini (Threads) yang meluangkan masa untuk bersikap baik dan sabar dengan apa yang saya rasa hari ini.
Anda semua sangat sabar menerangkan dan mendidik saya dari pelbagai sudut pandangan.
Saya sangat menghargai dan menghormati semua pendapat anda. Terima kasih, semua. Hanya kasih sayang dan niat yang baik sentiasa,” katanya.

image is not available

Semoga kita juga memperoleh ilmu baru dan sama-sama menghormati setiap toleransi beragama agar tidak mendatangkan salah faham kepada mana-mana pihak.

Sumber: Thread thanujaanathan