“The best boss ever!” – Bos Cina Sangka Pekerja Bergaduh, Rupanya Kena ‘Prank’ Sambut Hari Jadi

Entertainment
17 Jul 2024 • 4:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain bekerja dalam suasana yang tak toksik, dapat majikan baik juga merupakan rezeki yang tak semua orang ada.

Satu perkongsian video oleh @sllmachineryhardware di TikTok, memaparkan kenangan manis pekerja-pekerja syarikat itu menyambut hari jadi majikan mereka dengan cara yang agak lucu.

Gaduh sebab nak ‘pancing’ bos

Mereka merancang untuk prank hari jadi bos jadi, dua orang pekerja lelaki telah berlakon kononnya sedang bergaduh sesama mereka. Dalam masa yang sama, pekerja lain hanya melihat ‘pergaduhan’ tersebut selain ada yang merakam situasi itu.

Walaupun ada pelanggan lain di kedai, mereka tetap ‘bergaduh’ malah makin meninggikan suara tanpa memikirkan keadaan sekeliling. Beberapa orang pekerja lain turut membantu meredakan ‘perbalahan’ itu.

image is not available
Sumber: tiktok

Bos ingat staf bergaduh tapi…

Sebagai seorang majikan, pasti akan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah antara pekerja, jadi bos wanita berbangsa Cina telah cuba menenangkan pekerja yang sedang ‘marah’ itu.

Tak lama selepas itu, pekerja lain terus menyanyikan lagu ‘Hari Jadi’ untuk bos mereka sambil membawa sebiji kek untuknya. Sedar akan ‘pergaduhan’ tersebut hanyalah lakonan, bos itu terus menangis terharu kerana ‘terkena’ prank yang dirancang oleh semua pekerja.

image is not available
Sumber: tiktok

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat situasi itu. Walaupun ia hanyalah prank, namun usaha yang dilakukan oleh kesemua pekerja itu membuktikan mereka amat menyayangi majikan tersebut.

image is not available image is not available image is not available

Time bergaduh tu nampak real.. sekali bos masuk.. sebak terus min!

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved