The Campers Paradise Di Kpg Jaya Bakti Kuching, Nikmati ‘Overnight Fishing’ Di Sini

12 Mar 2023 • 9:20 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tempat ini juga menawarkan perkhidmatan sewa jeti

The Campers Paradise Di Kpg Jaya Bakti Kuching, Nikmati ‘Overnight Fishing’ Di Sini. Bagi mereka yang ingin mencari tempat baru untuk melakukan aktiviti memancing atau camping bersama keluarga atau rakan-rakan, terdapat satu tempat di Kuching anda boleh cuba.

Terletak di Kampung Jaya Bakti Kuching, tempat ini juga menawarkan perkhidmatan sewa bot atau jeti bagi mereka yang ingin memancing di sini.

image is not available
The Campers Paradise Di Kpg Jaya Bakti Kuching, Nikmati ‘Overnight Fishing’ Di Sini

Dilengkapi dengan kemudahan asas

Dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas dan bilik mandi, berkhemah dengan keselesaan di lokasi ini yang turut menawarkan persekitaran santai dan sungai berdekatan. Dengan saiz tersedia yang luas untuk overnight camping, sekitar 3-4 khemah boleh dimuatkan di sini.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua pelawat tidak dibenarkan berenang di sungai.

Bagi mereka yang ingin memancing di sini, anda boleh berbuat demikian dengan menyewa jeti mereka yang turut menawarkan tempat memanggang dan singki mencuci tangan bagi mereka yang ingin bermalam di tempat ini.

Untuk satu lagi pengalaman memancing yang best, anda juga boleh memilih untuk menyewa salah satu bot mereka juga untuk memancing!

Maklumat yang perlu diketahui

Bagi mereka yang ingin pergi ke sini untuk daytrip atau bermalam di sini, berikut adalah waktu masuk dan check-out mereka:

DAYTRIP/CHECK-IN: 9AM
CHECK-OUT OVERNIGHT/CAMPING: 9AM HARI SETERUSNYA

Untuk mereka yang ingin menyewa jeti, berikut adalah yuran kemasukan mereka:

DAYTRIP (9AM – 9PM): RM10 seorang
OVERNIGHT (9AM – 9AM HARI SETERUSNYA): RM15 seorang

Anda juga dilarang membawa minuman keras dan makanan non-halal ke sini. Untuk pengetahuan anda juga, hanya satu kumpulan sahaja diterima untuk setiap hari bagi mengelakkan kesesakan di jeti.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi mereka menerusi pautan WhatsApp ini atau layari laman Facebook mereka.

Lagi di sini: