“The Last Man Standing!” – Harapan Terakhir, Netizen Mohon Hafiz Mahamad Tak Buat Hal

Entertainment
27 Nov 2023 • 3:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kecoh sekarang ini di platform media sosial selepas pempengaruh Aliff Teega memaklumkan dirinya sudah berkahwin untuk kali kedua yang sebelum ini disangka terkena penyakit ain.

Dapat dilihat di Twitter (X), netizen menyeru nama pempengaruh lelaki yang dikenali ramai iaitu Hafiz Mahamad untuk membuat hal seperti influencer lain.

Bahkan berseloroh mengatakan dia adalah harapan terakhir para wanita untuk mempercayai masih ada lelaki yang setia pada satu.

Rata-rata netizen bersetuju dengan ayat individu tersebut dan berkata tidak akan memaafkan Hafiz jika dia turut mengamalkan poligami.

Sekadar info, Hafiz Mahamad dan isterinya, Syafiqah Aina merupakan pasangan influencer yang sering membuat hati netizen ‘cair’ kerana kemesraan yang sering dipaparkan di media sosial.

image is not available 5 months ago

"Ada Jual Kat TikTok Tak" - 55 Kali Tak Gagal Buat Kejutan Untuk Isteri, Netizen Mahu Suami Seperti Hafiz Mahamad