The Pocket Rocketman pertimbang sertai program RTG sebagai mentor

3 Sep 2024 • 10:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Azizulhasni sedang mempertimbangkan untuk menyertai program Road To Gold (RTG) sebagai mentor dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang, namun bukan dalam masa terdekat.

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang mempertimbangkan untuk menyertai program Road To Gold (RTG) sebagai mentor dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang, namun bukan dalam masa terdekat.

The Pocket Rocketman berkata, beliau merancang untuk menyertai jawatankuasa RTG bersama-sama atlet seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David.

"Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN), mereka berharap saya masih boleh berada di bawah RTG.

"Bagi saya jika saya berada dalam program RTG (sebagai atlet), itu adalah tanggungjawab saya dan saya tidak akan kekal di sana secara percuma, saya perlu mencapai petunjuk prestasi utama (KPI). Itulah sebabnya saya perlu mengambil sedikit masa untuk memikirkan apakah rancangan seterusnya.

"Saya tidak nampak diri saya menyertai (program sebagai mentor) sekarang, mungkin dalam satu atau dua tahun. Buat masa ini, saya rasa tidak akan berada di bawah ahli Lembaga Pengarah RTG,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Kempen ‘Kita Bagi Jadi’ CIMB di Menara CIMB di sini pada Selasa.

Atlet berusia 36 tahun itu berkata, beliau mahu berehat secara fizikal dan mental selepas beraksi dalam acara keirin lelaki akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024, Ogos lepas, sekali gus mengambil masa sebelum memutuskan hala tujunya.

"Sekarang saya dalam fasa berehat dulu lepas selesai Olimpik baru ini, jadi saya ada hingga akhir tahun ini untuk fikirkan rancangan baharu. KBS dan MSN sentiasa menyokong kerjaya saya dan mereka mahu berbincang mengenai masa depan saya selepas ini.

"Saya tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan kerana ia mengenai masa depan, jadi saya akan mengambil masa saya. Pada masa ini, tumpuan saya adalah untuk berehat secara fizikal dan mental. Biasanya, selepas kejohanan, kami sebagai atlet berehat secara fizikal, tetapi kali ini saya perlu berehat secara fizikal dan mental,” katanya lagi.

Kempen Olimpik Paris 2024 Azizulhasni berakhir secara mengejut apabila dia tersingkir dalam saringan pertama acara keirin lelaki kerana memintas derny. - Bernama

@sinarharianonline

The Pocket Rocketman pertimbang sertai program RTG sebagai mentor #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #PocketRocketman #AzizulhasniAwang #RTG

News - ComaStudio

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved