“The real meng*njing” – Aeril Zafrel Buat Video Sweet Dengan Wawa Pakai Sound Alif Teega

Entertainment
28 Nov 2023 • 5:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain ketampanan, seorang usahawan yang berjaya dan suami yang baik, pelakon terkenal, Aeril Zafrel juga memang cukup dikenali dengan perwatakan sempoi dan gemar membuat lawak satira di media sosial.

Baru-baru ini, Aeril ada muat naik satu video di TikTok menunjukkan detik-detik manis dia bersama isteri, Wawa Zainal. Apa yang membuatkan netizen tertarik adalah, dia menggunakan latar suara daripada Alif Teega.

Dalam masa 19 jam ia dimuat naik, video ini telah meraih hampir 300K jumlah tontonan dan rata-rata netizen anggap bahawa Aeril Zafrel mungkin sedang ‘menganjing’ Alif Teega.

@aerilzafrel8

semoga awak nampak efort saya selama ni

♬ original sound – Alif Teega – Alif Teega

Menjengah je ruangan komen pula, ramai yang begitu terhibur kerana cara Aeril Zafrel ini dikatakan agak ‘halus’ dalam membuat sindiran di mana audio daripada Alif Teega itu menceritakan tentang pengorbanan dan effort seseorang.

image is not available image is not available image is not available

Aeril Zafrel ni memang sejenis kaki bahan orang tau, min selalu terhibur baca tweet atau jawapan soalan daripada netizen.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article