Thinaah Pilih Omoda 5, Chery Tawar Diskaun 30% Tapi Hanya Untuk

10 Sep 2024 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Atlet badminton negara, Thinaah Muralitharan menerima Chery Omoda 5 berwarna hitam yang ditempahnya baru-baru ini.

Thinaah bernasib baik kerana berpeluang menikmati diskaun sebanyak 30 peratus daripada Chery Malaysia.

Seperti sedia maklum, Chery Malaysia menawarkan menawarkan diskaun 30 peratus untuk model Tiggo0 Pro dan Omoda 5kepada mana-mana atlet yang berjaya memasuki pusingan akhir Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Malah, Chery Malaysia turut menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus kepada mana-mana atlet Malaysia yang bertanding dalam Olimpik Paris 2024.

image is not available

Sementara itu, Chery Malaysia turut mengesahkan bahawa atlet badminton Olimpik, Thinaah Muralitharan baru sahaja membawa pulang OMODA 5 baharu.

“Prestasi cemerlangnya di gelanggang tahun ini, terutamanya di Sukan Olimpik Paris 2024, benar-benar mencerminkan semangat kecemerlangan seperti mana yang ditonjolkan oleh OMODA 5.

“Kami mengalu-alukan Thinaah Muralitharan ke dalam keluarga Chery dan berharap perjalannya lebih mengujakan berbanding sebelumnya. Inilah pencapaiannya terbaharunya baik di dalam dan di luar gelanggang,” tulisnya di halaman rasmi Facebook Chery Malaysia.

image is not available

Terdahulu, Chery Malaysia menyerahkan Omoda 5 kepada Thinaah dengan menutup jentera itu dengan kain berwarna hitam dan diikat dengan reben berwarna merah.

Untuk makluman, Chery Omoda 5 hadir dalam dua varian dimana ia dikuasakan dengan enjin 1.5 liter TCI 4 silinder dan dipadankan bersama transmisi CVT 9 kelajuan.

image is not availableimage is not available

Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa 156 hp dan 230 Nm.

Omoda 5 varian C dijual pada harga bermula RM108,800 sementara Omoda 5 varian H diberi tanda harga RM118,800.