ThinkQuran Memudahkan Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Ayat Quran

TechnologyDigital
17 Jun 2023 • 9:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat beberapa kaedah dalam pembelajaran sesuatu bahasa baharu, dan kini sebuah perkhidmatan baru diperkenalkan, dinamakan ThinkQuran. Melalui ThinkQuran, ia memfokuskan kepada pembelajaran bahasa Arab dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran.

Melalui laman rasmi ThinkQuran, mereka menekankan yang mana kita boleh memahami sekitar 80% kandungan dalam al-Quran dengan hanya mengingat 900 patah perkataan sahaja. ThinkQuran memfokuskan kepada pembelajaran menerusi perkhidmatan web mereka, selama 15 minit sehari, dan mempelajari ia secara berperingkat.

image is not available

image is not available

Daripada percubaan kami sendiri, ia menggunakan ayat-ayat al-Quran dan pemilihan sesuatu surah dalam pembelajaran bahasa Arab. Kaedah pembelajaran juga agak mudah dan senang digunakan.

Namun, buat masa ini, tiada aplikasi ditawarkan dan ia berfungsi secara web. Pengguna diminta untuk pin akan web berkenaan di halaman utama peranti untuk memudahkan aksesnya.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman ThinkQuran hari ini. Akses penuh dan tanpa iklan turut disediakan pada harga langganan RM399 seumur hidup untuk ThinkQuran.com.