“This is Malaysia” – Netizen Terharu Lihat Orang Malaysia Ramai-ramai Bantu Pak Cik Kutip Tin

Entertainment
21 Mar 2024 • 10:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Meskipun banyak isu berbangkit di negara kita ini, namun satu perkara yang kita tidak boleh nafikan ialah rakyat Malaysia ini sangat tinggi sifat empati dan simpati serta suka membantu sesiapa yang berada dalam kesusahan.

Terbaru, tular satu video di TikTok yang memaparkan sekumpulan warga Malaysia membantu seoarang pak cik yang sedang mengutip tin untuk dijual.

Dalam video yang dimuat naik oleh @dailymax1993 itu, difahamkan pak cik berkenaan mengutip semula tin-tin kosong di tepi jalan yang berselerakan kerana plastiknya terkoyak.

Situasi yang sangat wholesome itu dirakamkan di Kuala Lumpur, difahamkan, lelaki warga asing yang sedang vlog itu kebetulan berada di situ dan bertindak membantu pak cik tersebut sebelum sekumpulan orang tempatan membantu pak cik tersebut.

“This is Malaysia”

Video berkenaan sudah pastinya menarik perhatian netizen, rata-rata berbangga menjadi Anak Malaysia dan juga memuji content creator yang berasal dari Amerika Syarikat itu kerana berkongsi momen yang sangat indah di Malaysia.

image is not available

Aduhai, sebak pula rasa…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.