“This Is Not Funny B*tch..” – Diva AA Bakar Gambar Aliff Syukri Untuk Sihir, Saman RM100 Juta Tetap ‘On’

10 Nov 2023 • 12:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Masih tiada penghujung, perbalahan antara usahawan terkemuka, Datuk Seri Aliff Syukri dan pengacara sensasi, Azwan Ali atau dikenal sebagai Diva AA masih berterusan. Terkini, Aliff Syukri telah memuat naik sebuah video Diva AA yang membakar gambarnya untuk ‘sihir’.

Dalam video tersebut, Diva AA kelihatan membakar foto Aliff sehingga hangus sambil mengugut untuk menyihir usahawan tersebut. Tidak berdiam diri, Aliff membidas Azwan Ali di ruangan kapsyen video berkenaan.

Azwan, banyak saya bersabar. This is not funny b*tch.

Tunggu lawyer saya bertindak. Saya malas nak respon ke mana-mana pihak.

Tidak menganggap perkara itu sebagai bahan jenaka, Aliff merasakan hal yang dibuat itu sangat keterlaluan. Pada masa yang sama, usahawan berumur 36 tahun ini menegaskan bahawa apa yang dibicarakan tentang dirinya itu hanyalah fitnah semata-mata

Terdahulu, media sosial digemparkan apabila kedua individu yang cukup dewasa ini telah bergaduh dan hingga kini saling balas-membalas provokasi daripada kedua belah pihak.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

Aliff Syukri Tak Melatah Diva AA Ingin Saman RM 100 Juta, Katanya Tak Usah Percaya - "Mudahnya Kau Nak Mintak RM100 Juta, Mahkamah Tak Bongok Lah.."