“This is too much” – Aliff Syukri Bengang Azwan Ali Bakar Gambarnya, Konon Nak Sihir

Entertainment
10 Nov 2023 • 10:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lepas, tular sebuah video yang memaparkan usahawan sensasi, Aliff Syukri dilihat telah menarik rambut pengacara kontroversi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA di atas pentas persembahan sebuah program di Singapura.

Isu tersebut telah menimbulkan perbalahan di antara dua individu ini sehinggakan Diva AA mahu mengeluarkan saman malu RM100 juta terhadap jutawan kosmetik tersebut.

Gambar Aliff Syukri kena bakar?

Pun begitu, semalam, Aliff Syukri memuat naik sebuah video memaparkan Diva AA telah membakar gambar miliknya dan seakan-akan melakukan ritual sihir.

Azwan Ali dilihat menyuruh seseorang membakar bahagian muka Aliff Syukri sehingga hangus sambil menyebut perkataan ‘sihirkan’ berkali-kali.

Sihirkan, sihirkan… Kena sihir kena bakar, itu je nak ajar kau. RM100 juta tetap!

“Hangus tak muka dia? Aliff tengok video ni. Puii!” kata Azwan.

Menerusi posting itu, Aliff Syukri menyatakan tindakan tersebut sebagai keterlaluan dan dia hanya menunggu peguamnya bertindak akan hal tersebut kerana semuanya fitnah semata-mata.

Ini sangat keterlaluan. Azwan, banyak saya bersabar. Member saya berikan video ini sebagai bukti.

This is not funny b*tch. Tunggu lawyer saya bertindak. Apa yang diperkatakan oleh (tentang) saya itu adalah fitnah semata-mata. Anda boleh nilai sendiri tindakan dia. Saya malas nak membalas ataupun respon dari mana-mana pihak,” tulisnya.

Video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang menganggap kes ini kemungkinan sekadar marketing semata-mata, malah ada juga yang mengecam tindakan Diva AA.

image is not available

Apa-apapun kita sebagai netizen tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi selepas ini.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.