“This Is The Best Gift Ever” - Intan Najuwa Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

20 Aug 2024 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Datin Intan Najuwa akhirnya mendedahkan jantina cahaya matanya.

Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 di samping mendedahkan bahawa dia dan suami bakal menimang cahaya mata perempuan.

Video tersebut merakamkan Intan bersama suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman sedang tersenyum sambil memegang gelas sambil tersenyum..

Gelas itu kemudiannya ditekup ke atas sebiji kek berbentuk love berwarna putih dan merah.

"We are having a girl...

Warna yang ada pada kek itu merupakan simbolik kepada jantina cahaya mata yang bakal dilahirkan tidak lama lagi..

"Cheers to 27 and 365 days of shared dreams, laughter and love. Here's to year one of our forever. Blessed.

"This is the best gift ever. We are having a girl,
" tulis Intan.

Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga bersama Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu.

Intan sebelum ini memberitahu mahu berehat daripada dunia seni buat sementara kerana ingin memberi fokus kepada urusan rumah tangga.

Intan sebelum ini memberitahu mahu berehat daripada dunia seni buat sementara kerana ingin memberi fokus kepada urusan rumah tangga.