“This Time For Africa!”, Petikan Lagu ‘Waka Waka’, Tweet Shakira Rai Kemenangan Morocco Raih Perhatian

Music
12 Dec 2022 • 8:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penyanyi lagu Waka Waka (tema Piala Dunia pada 2010), Shakira kembali menjadi perhatian selepas dia turut serta meraikan kemenangan Morocco ke atas Portugal baru-baru ini.

Difahamkan Shakira telah memuat naik di laman Twitter rasminya @shakira dengan ciapan ringkas bertulis “This time for Africa!! #WorldCup.”

Ciapan ringkas tersebut adalah petikan daripada lagu nyanyiannya Waka Waka yang menjadi lagu tema utama Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan hingga menjadi fenomena ketika itu.

Walaupun ringkas, ciapan tersebut meraih perhatian warganet hingga menerima lebih 1.1 juta tanda suka, hampir 11,000 komentar dan 182,000 ‘retweet’ setakat laporan ditulis.

Menerjah ke ruangan komentar, rata-rata warganet mengimbas kembali lagu tersebut dengan beberapa meme dan video menarik.

Di samping itu, ada warganet mendakwa bahawa lagu tersebut sepatutnya perlu menjadi lagu tema Piala Dunia buat selama-lamanya.

Terdahulu, Morocco telah menewaskan Portugal dengan kemenangan 1-0 semasa perlawanan suku akhir dengan jaringan oleh En-Nesyri pada minit ke-42.

Malah, kemenangan skuad Altas Lions itu bukan sahaja menarik perhatian Shakira, tetapi ramai lagi selebriti, orang-orang penting dan ramai lagi yang mengucapkan “tahniah” ke atas kemaraan mereka pada separuh akhir.

Misalnya, pemilik Tesla dan Twitter sendiri, Elon Musk yang juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada Morocco dalam satu ciapan yang dikongsikannya melalui platform media sosial tersebut.

Sementara itu, Presiden Senegal, Macky Sall turut mengucapkan tahniah kepada negara Afrika Utara berkenaan dan menyifatkan kemenangan itu sebagai “hebat” dan “bersejarah.”

Tidak hanya itu, bekas pemain Jerman, Mesut Ozil juga meraikan kelayakan Morocco ke peringkat separuh akhir.

“Sangat bangga! Sunggu satu pencapaian untuk benua Afrika dan dunia Islam. Berpeluang untuk menyaksikan “dongeng” sebegini masih boleh dibuktikan dalam bola sepak moden – ini akan memberikan kuasa dan harapan kepada orang ramai,”

Dalam pada itu, Atlas Lions dijadualkan akan menentang Perancis ekoran daripada kemenangan pasukan itu menentang England 2-1 pada peringkat suku akhir.

Pertembungan tersebut akan berlangsung pada 15 Disember ini, pukul 3 pagi waktu tempatan.