Threads Akan Dilancarkan Julai Ini – Pesaing Twitter Oleh Meta

TechnologyDigital
24 Jun 2023 • 9:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bukan rahsia Meta ingin melancarkan pesaing kepada Twitter dengan ia dibangunkan di bawah Project 92 sejak awal tahun ini. Aplikasi yang dipercayai akan menggunakan nama Threads ini dipercayai akan dilancarkan pada bulan depan menurut laporan The Verge.

image is not available

Threads akan ditawarkan di dalam Instagram dan bukan sebuah aplikasi baharu. Berdasarkan laporan sebelum ini, Meta menjemput beberapa selebriti terkemuka sebagai pengguna awal bagi menarik minat orang ramai ke perkhidmatan baharu. Sebagai alternatif kepada Twitter, Meta berkata ia akan diuruskan dengan lebih baik berbanding platform yang kini dimiliki oleh Elon Musk.