“Hantar Lokasi” – Mark Zuckerberg Tak Gentar Elon Musk Ajak Bertinju

Technology
22 Jun 2023 • 5:19 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Baru-baru ini, Elon Musk mendedahkan di laman Twitter mengenai khabar angin yang tidak berasas bahawa Meta tidak lama lagi akan melancarkan sebuah aplikasi yang memberi saingan kuat yang dikenali sebagai Threads.

Ketua pegawai produk META, Chris Cox menyifatkan Projek 92 sebagai “tindak balas kami kepada Twitter” dan menyebut bahawa ia akan membolehkan pengguna Instagram memindahkan pengikut dan maklumat pengguna mereka secara automatik terus ke aplikasi baharu.

Susulan itu, Musk memberitahu bahawa pelancaran platform sedemikian akan meletakkan bumi secara eksklusif di hujung jari Zuck tanpa pilihan lain.

Disebabkan isu itu, ada pengikut yang meminta agar Musk lebih berhati-hati dengan Zuckerberg memandangkan dia pernah mempelajari teknik pertahankan diri ju jitsu.

Bagaimanapun, Musk tidak gentar sama sekali dengan ilmu yang dimiliki Zuckerberg dan bersedia mengadakan perlawanan jika bersama pemilik Facebook tersebut.

image is not available

Pun begitu, enggan terus mendiamkan diri, Zuckerberg tampil bersuara menerusi IG storynya yang meminta Musk untuk menghantar lokasi ekoran perlawanan yang ingin diadakan.

image is not available

 

Sumber: Twitter @elonmusk, @mario nawfal, Instagram @zuck

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved