Threads kini mengemaskini aplikasi mereka, membolehkan pengguna menambah sehingga lima pautan pada halaman profil mereka dibawah bio. Ini adalah penambahan berbanding hanya satu pautan pada bio sebelum ini.
Dengan langkah ini, pengguna boleh menambah pelbagai pautan berkaitan dengan mereka, termasuk blog, podsiar, buletin dan sebagainya – supaya pengguna lain boleh lihat apabila melawat ke halaman profil.

Pada masa yang sama, Threads juga turut menyokong pemantauan klik pada pautan, membolehkan anda melihat berapa klik yang diterima sesuatu pautan, dan bagaimanakah prestasi ia berbanding pautan yang lain.
Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna.


