Threads Kini Mempunyai Ciri Communities Untuk Perbincangan Topik Terpilih

TechnologyLifestyle
3 Oct 2025 • 8:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads memperkenalkan ciri baharu Communities yang membolehkan pengguna berbincang mengenai topik terpilih secara setempat. Ia adalah amat mirip dengan ciri Community di X. Pada peringkat awal terdapat 100 komuniti dengan ia membincangkan topik seperti sukan, K-pop, siri TV, filem dan banyak lagi.

image is not available

Apabila pengguna menyertai komuniti tertentu, label akan dipaparkan pada skrin profil. Thread akan memberikan emoji khas yang hanya boleh digunakan dalam komuniti tertentu bagi menjadikan keahlian terasa lebih unik. Bagi pengguna yang menyumbang kepada komuniti, mereka akan diberikan lencana khas sebagai penghargaan.

Untuk menggunakan ciri ini, anda hanya perlu melakukan carian topik tertentu. Threads akan memaparkan komuniti yang boleh disertai sekiranya ia sudahpun wujud. Komuniti baharu akan ditambah dari semasa ke semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved