Threads Menguji Ciri Perkongsian Yang Hilang Selepas 24 Jam

TechnologyDigital
25 Aug 2024 • 2:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta kini berkongsi menyatakan perkhidmatan sosial mereka, Threads sedang menguji sebuah ciri baharu, iaitu perkongsian yang hilang selepas 24 jam ia diterbitkan. Ini sekaligus akan memudahkan para pengguna berkongsi beberapa perkara yang mungkin tidak begitu penting yang ingin dikekalkan pada profil sosial mereka.

Ciri ini sedang diuji melibatkan sejumlah kecil pengguna platform berkenaan.

image is not available

Melalui perkongsian yang hilang ini, ia turut akan memadam pelbagai balasan dan komen yang diterima sesuatu perkongsian – membuatkan semua interaksi turut hilang selepas tamat tempoh perkongsian asal.

Secara tidak langsung, ini juga akan meningkatkan kadar penggunaan platform tersebut, dimana pengguna tidak ingin ketinggalan dalam mengikuti sesuatu perkongsian oleh pengguna lain. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diaktifkan kepada semua pengguna seluruh dunia.