THREE Kembali Ke Malaysia Dengan Falsafah Jepun Yang Menghubungkan Kecantikan, Jiwa Dan Alam Semulajadi

BeautyLifestyle
6 Sep 2025 • 3:59 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Di tengah hiruk-pikuk kota, ganguan tanpa henti, trafik yang menyesakkan dan tekanan gaya hidup pantas, mencari ruang untuk diri sendiri sering kali terasa mustahil. 

Namun, ada satu jenama dari Jepun yang percaya bahawa kecantikan sejati bukan sekadar pada kulit yang berseri, tetapi pada jiwa yang tenang.

image is not available

Selepas 15 tahun perjalanan globalnya, THREE kini kembali ke Malaysia, membawa falsafah ‘keseimbangan’ yang menjadi nadi setiap produknya.

Diasaskan di Jepun pada 2009, THREE berpaksikan falsafah ‘Shindōfuji’ kesatuan antara tubuh dan alam. Bagi mereka, kecantikan tidak boleh dipisahkan daripada kesejahteraan minda serta hubungan kita dengan dunia semula jadi.

Setiap produk dirumus dengan minyak pati tulen dari Jepun yang bukan sahaja merawat kulit, tetapi juga membantu menenangkan sistem saraf. Bayangkan, hanya dengan tiga tarikan nafas dalam, anda boleh kembali berasa ‘seimbang’semula.

Sains & Alam Dalam 1 Botol

Diilhamkan daripada nohara (野原) yang subur di Jepun dan diperhalusi oleh sains moden, THREE menyaring dunia semula jadi ke dalam bentuknya yang paling mujarab, untuk memelihara sifat alam semula jadi dalam diri anda. 

Menerusi aromaterapi penuh nutrien, THREE mengimbangkan semula diri anda dalam hanya 0.2 saat.

image is not available

THREE tidak sekadar menjual kecantikan, ia adalah pengalaman holistik. Melalui Pusat Penyelidikan Holistik (HRC), minyak pati yang digunakan diformulasi sebagai bahan aktif berprestasi tinggi. Setiap titisan mengandungi ratusan sebatian semula jadi yang menyokong kulit, minda dan emosi.

Lebih istimewa, lebih daripada 30 ramuan asli ditanam dan dituai dari ladang herba mereka di Kyushu, Jepun. Semuanya dilakukan dengan penuh teliti untuk mengekalkan keaslian bahan.

Ikon THREE: Rangkaian Balancing

Jika anda ingin mengenali THREE buat pertama kali, rangkaian ‘Balancing’ ialah pilihan terbaik:

1. Balancing Cleansing Oil – minyak pembersih yang halus bak sutera, menyingkirkan solekan dan pencemaran seharian.

2. Balancing Nectar Cream Wash – pembersih berbuih lembut yang menyegarkan kulit kusam.

image is not available

3. Balancing Nectar Lotion – esen penyegar yang memberi hidrasi mendalam untuk kulit lebih tegang dan berseri.

Setiap produk diperkaya dengan lebih 90 peratus bahan semula jadi seperti, minyak biji teh, jus epal Aomori, dan ekstrak botani Jepun, menjadikannya bukan sekadar penjagaan kulit, tetapi juga ritual kesejahteraan.

Pelancaran Semula Di Malaysia

THREE di Malaysia secara rasminya dibawakan oleh Odele Group. Dengan memanfaatkan pengalaman berdekad lamanya dalam mengembangkan jenama premium import, ia telah berkembang menjadi sebuah organisasi dengan misi untuk mengenal pasti, memperkasa dan mengembangkan jenama masa depan ke tahap keunggulan global. 

Menyasarkan kepada generasi akan datang, Odele Group memberi tumpuan kepada jenama khusus yang mengutamakan kelestarian, inovasi, keaslian, keterangkuman budaya dan integriti ramuan,nilai-nilai yang sangat dekat di hati pengguna generasi baharu yang lebih peka. 

image is not available

Pelancaran semula THREE bertempat di ELIT Ampang, sebuah pejabat serba guna yang direka dengan penuh berseni untuk menyatukan orang ramai berkumpul berkongsi idea, mencetuskan daya kreativiti, memupuk kerjasama dan menginspirasi perkembangan semasa. 

Dengan reka bentuk terbuka yang terkini, ELIT bukan sahaja menawarkan ruang untuk produktiviti harian, malah menjadi lokasi bagi pengalaman terpilih yang menggabungkan kerja, seni dan budaya secara harmoni, sekali gus mencerminkan falsafah THREE yang mengangkat keseimbangan moden.

THREE kini boleh didapati di Malaysia, pada harga bermula RM200 ke RM505 menerusi www.threecosmetics.my. 

Berikut adalah cadangan ritual keseimbangan bersama THREE:

1. Malam menenangkan diri

Selepas seharian sibuk, bersihkan wajah dengan Balancing Cleansing Oil. Rasai bagaimana aromanya membantu anda perlahan-lahan melepaskan tekanan.

2. Aromaterapi di rumah

Titiskan minyak pati kegemaran anda ke dalam penyebar aromaterapi sambil menikmati teh herba. Hirup dalam-dalam,biarkan tubuh memberi isyarat kepada minda untuk berehat.

3. Masa untuk diri sendiri

Selepas rutin penjagaan kulit, luangkan masa 15 minit dengan membaca buku ringan atau menulis jurnal. Kulit yang segar dan minda yang tenang akan memberikan tidur yang lebih berkualiti.

4. Pagi yang segar

Gunakan Balancing Nectar Lotion sebelum keluar rumah. Teksturnya yang ringan memberi hidrasi segera, menjadikan kulit berseri dan mood lebih positif untuk memulakan hari. - Getaran, 6 September 2025