THSS: Ada ‘Wow Factor’, Mampu Naikkan Bulu Roma! Juri Ulas Kemenangan Aepul Roza

15 Jul 2024 • 1:23 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Juri tetap The Hardest Singing Show (THSS), Edry Abdul Halim tampil mengulas mengapa barisan juri memilih vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza sebagai juara, pada malam tadi.

Aepul ada wow factor!

Katanya, Aepul telah menunjukkan persembahan yang terbaik apabila berjaya memukau para penonton dengan  melakukan aksi drum terbalik 90 darjah di akhir persembahan nyanyiannya.

image is not available

“Aepul ada wow factor malam ini dan saya ada rujuk dengan pihak penerbit tapi kita nak beri peluang yang sama pada semua orang bukan stakat artis favourite sahaja.

“Ayda bagus cuma Aepul ada wow dia dan saya sendiri dapat rasakan bila dia main drum terbalik satu dewan tu ada rasa wow factor dan bulu roma kita naik bila tengok, itu yang membuatkan orang nak tengok persembahan begitu, yang lain semua persembahan kemas, rapi tapi tiada cengkaman maut sendiri.

“Ini adalah pertandingan, siapa yang cemerlang pada malam ini kita patut bagi reward.” katanya ketika ditemui di Sidang Media Konsert Akhir THSS.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif THSS, Firdaus Mahadi turut memaklumkan bahawa markah keseluruhan peserta dikira hanyalah berdasarkan pada persembahan konsert final malam tadi. 

image is not available

“Markah pada malam ini hanya berdasarkan total persembahan persembahan solo dan kolaberdua. Kami memang tak kumpulkan markah minggu sebelum-sebelum ini jadi markah untuk malam ini memang hanya berdasarkan persembahan limitasi malam konsert akhir,” jelasnya.

Sekadar info, Aepul dinobatkan sebagai juara dan sekali gus berjaya membawa pulang RM150,000, trofi dan paket pelayaran tajaan Kaki Jalan.

Bertemakan ‘Taruhan Akhir’, Aepul Roza menampilkan persembahan yang sangat luar biasa menerusi lagu ‘It’s My Life’. Persembahan Aepul mendapat pujian dan standing ovation daripada penonton dan para juri.