"Tiada Ada Apa-Apa, Saya Hanya Diuji" - Mahalini Tak Marah, Bukan Pertama Kali Dituduh Curang

21 Sep 2024 • 6:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Nama penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini menjadi bualan hangat netizen apabila dia dikhabarkan terpalit dengan isu curang terhadap suaminya, Rizky Febian.

Tidak melatah dengan situasi berkenaan, penyanyi berusia 24 tahun itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut menerusi satu sesi siaran langsung di media sosialnya.

Mahalini berkata dia menganggap spekulasi yang berlaku itu sebagai ujian buat dirinya.
“Tiada apa-apa, aku hanya diuji sahaja,” katanya.

Malah Mahalini berharap dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya itu menjadi satu pintu rezeki dirinya dan Rizky.


“Semoga dengan adanya orang jahat yang banyak buat fitnah ini menjadi rezeki buat saya sama Iky, ya Allah, Amin,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mahalini juga memberitahu ini bukan kali pertama dia dituduh curang dan percaya mereka yang mengenalinya serta peminat tahu dirinya bagaimana.

Terdahulu, Mahalini pernah dituduh berlaku curang bersama pemain keyboard dari band yang selalu mengiringinya.

Tuduhan itu dibuat oleh sebuah akaun TikTok yang dikenali sebagai @Hazwa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved