Tiada Ahli Parlimen BN Sokong Muhyiddin

Politics
22 Nov 2022 • 3:51 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Zambry Abd Kadir - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sekali lagi menafikan ada Ahli Parlimen parti itu yang memberikan sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri Ke-10.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya sudah membuat pemakluman mengenai perkara tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Tiada mana-mana Ahli Parlimen BN memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“… pemakluman mengenai perkara ini sudah dibuat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zambry berkata, Dewan Tertinggi BN mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak berkenaan, bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Sehubungan itu, BN meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang (cooling-off period) ketika mendepani situasi politik negara.

“Dengan pendirian dan keputusan dicapai, kedudukan BN adalah kekal seperti sekarang,” katanya. - Getaran, 22 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved