WARISAN Sokong BN, PH Bentuk Kerajaan

Politics
22 Nov 2022 • 2:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Parti Warisan (WARISAN) menyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebagai gabungan yang memperoleh jumlah kerusi tertinggi pada Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-15 (PRU-15) untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kedua-dua parti itu mempunyai bilangan kerusi untuk membentuk kerajaan dan majoriti rakyat sudah mengundi PH serta BN.

Justeru katanya, PH dan BN harus diberi pilihan pertama untuk membentuk kerajaan.

 “Sokongan ini juga atas alasan bahawa kerajaan Persekutuan baharu akan menyelesaikan sepenuhnya 21 Tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

 “Kami berharap PH dan BN dapat memperoleh rakan kongsi yang membolehkan pembentukan kerajaan Persekutuan, seterusnya membawa kestabilan politik dan perpaduan kepada negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini. - Getaran, 22 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved