Tiada Akaun Threads, Idan Aedan Akui Kurang Aktif Di Sosial Media - “Saya Tak Ada Masa & Effort…”

9 Nov 2026 • 4:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Tiada Akaun Threads, Idan Aedan Akui Kurang Aktif Di Sosial Media - “Saya Tak Ada Masa & Effort…”

Pelakon Idan Aedan mendedahkan dia tidak mempunyai akaun Threads kerana berasakan terlalu banyak platform media sosial yang perlu diuruskan.  Menurut Idan atau nama penuhnya Muhammad Shahidan Abdullah, dia kurang pandai untuk menguruskan banyak platform media sosial.  “Saya tak ada Threads sebab saya rasa too much on the table, terlalu banyak untuk saya nak uruskan. Memang pihak pengurusan saya sebelum ini suruh saya aktif di laman sosial.  “Tapi saya memang kurang sikit bab itu… saya tak pandai sangat. Bagi saya, IG dan TikTok pun dah cukup buat saya.  “Saya tak ada masa dan tak ada effort la untuk layan terlalu banyak platform media sosial. Saya rasa dia lebih memeningkan hidup je.  “Ada juga beberapa pelakon yang saya idolakan pun tidak bermakin media sosial terlalu banyak… jadi saya mengikut jejak itu juga,” katanya kepada Gempak.  Idan bagaimanapun mencuba untuk aktif dalam dunia media sosial namun tetap memilih perkongsian yang perlu dikongsikan kepada umum.  “Tapi saya sedang cuba sebaik mungkin untuk aktif. Dan saya suka je sebenarnya kongsi beberapa perkara seperti filem, ambil gambar orang. Cumanya saya selektif juga la apa yang saya nak post,” ujarnya.  Ditanya mengenai permintaan segelintir pihak produksi mahu melihat jumlah pengikut di laman sosial, Idan bagaimanapun mengakui dia tidak mempunyai kebimbangan mengenai perkara itu.  “Saya tak bimbang sangat soal itu. Bagi saya, kalau mereka nak seseorang yang bekerja keras dan InsyaAllah dapat penuhi kehendak mereka dari segi performance, ambilah saya.  “Ada yang yang mahukan seseorang pelakon yang mempunyai kedua-dua kriteria iaitu bakat dan jumlah pengikut. Saya pun sedang mencuba jadi seperti itu,” katanya.  Untuk info, Idan bakal muncul dalam filem Kacau bergandingan dengan Nurel Baharin, Khayrisyah Kemal, Sadiq M. Jamil, Arfie Shah dan ramai lagi. Filem arahan pengarah Muzzamer Rahman itu bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 12 November depan.  Cerita ini mengisahkan sekumpulan rakan yang mula mengalami gangguan dan mati secara ngeri selepas mereka bermain permainan ritual Spirit of the Coin.  Ketika usaha menyelamatkan diri dilakukan, mereka menyedari bahawa salah seorang daripada mereka menyimpan rahsia gelap. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved