Tiada aktiviti pelacuran sebuah hotel di Puncak Alam - Polis

LocalPolitics
3 Feb 2025 • 3:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video di TikTok berhubung aktiviti pelacuran di sebuah hotel di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Puncak Alam pada Ahad.

KUALA SELANGOR - Polis menafikan wujudnya sebarang aktiviti pelacuran di sebuah hotel di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Puncak Alam seperti yang tular di media sosial pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajuddin berkata, aktiviti tidak bermoral itu tidak berlaku seperti didakwa dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor telah membuat serbuan dan pemeriksaan di hotel itu pada jam 1.20 pagi Isnin.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati tiada aktiviti pelacuran di hotel terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, polis sebelum ini mengesan satu hantaran di TikTok yang memaklumkan terdapat aktiviti pelacuran di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diingatkan tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat tidak sahih.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah, mereka boleh menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-32891223 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved