“Tiada apa yang hendak saya sorokkan” – Zahnita Wilson Diarah Lakukan Ujian Air Kencing

Entertainment
12 Dec 2024 • 4:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas model dan pelakon Zahnita Wilson mendedahkan yang dia diminta untuk menjalani ujian saringan air kencing ketika membuat permohonan mendapatkan polis pengiring bagi bertemu dengan suaminya.

Biarpun Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, tidak mengetahui punca sebenar dia diarahkan melakukan ujian tersebut, namun dia turutkan permintaan tersebut dan keputusannya negatif.

Dengan keputusan tersebut, dia membuktikan bahawa dia memang bebas daripada sebarang penggunaan bahan terlarang.

“Saya ada perintah mahkamah dan boleh dapatkan pengiring (polis) namun ia tidak berjalan lancar. Saya diminta melakukan ujian air kencing. Tiada apa yang hendak saya sorokkan dan ternyata keputusannya negatif.”

Dalam pada itu, Zahnita juga menjelaskan yang dia berdepan dengan halangan ketika mahu mengambil dua anak perempuannya itu di rumah suaminya iaitu Abdul Zackery Ghouse Abd Gafoor semalam.

Jelas Zahnita lagi, kedua-dua anak perempuannya itu masih tinggal dengan Abdul Zackery selepas dia bertindak untuk berpindah keluar dari rumah mereka sebelum ini memandangkan mereka masih bersekolah.

image is not available

“Syukur saya dapat ambil dua anak perempuan saya semalam. Saya mendapak hak penjagaan interim pada 6 Disember lalu. Sebelum ini anak-anak masih bersekolah dan saya beri ruang kepada ayah mereka untuk hantar ke sekolah.”

“Keadaan semalam tidak berjalan lancar untuk bawa anak-anak keluar. Ada halangan daripada pihak sana.”

Pada 3 Disember lalu, Zahnita ada memfailkan permohonan cerai terhadap Abdul Zackery di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang. Dia kemudiannya mendapat hak penjagaan sementara interim dari Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan pada 6 Disember lalu.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.