
Tenom: Seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau tiada menerima arahan untuk tidak mengakses data dalam pemacu kilat diberikan syarikat LGMS Berhad (LGMS).
Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Insp Yip Chang Ching, 43, berkata sedemikian ketika pemeriksaan semula Peguam Ram Singh hari ini berkenaan pemacu kilat mengandungi data telefon bimbit Lew diberikan LGMS kepada PDRM.
Saksi pendakwaan kelapan itu juga tidak bersetuju kepada soalan Ram Singh yang mewakili Ebit Lew bahawa saksi telah melampaui had untuk melihat data berkenaan.
Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani akan disambung dari 13 hingga 15 Feb ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
