Susulan isu pelancong wanita dari India yang terjatuh di dalam lubang benam, pelbagai spekulasi mula timbul sehingga tular andaian yang mendakwa Kuala Lumpur merupakan tempat yang tidak selamat diduduki dan berpotensi untuk berlaku ‘giant sinkhole’ pada bila-bila masa.
Mengulas isu ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, tiada bukti kukuh yang menyokong dakwaaan berkenaan apatah lagi Kuala Lumpur merupakan Kawasan yang telah lama dibina dan berada dalam keadaan selamat.
“Saya berpendapat Kuala Lumpur telah lama dibina dan selama ini ia selamat. Oleh itu kalau nak katakan tidak selamat mesti ada bukti kukuh dan kajian terperinci.
“Berikutan itu kami telah wujudkan pasukan petugas termasuk Jabatan Geologi dan Jabatan Kerja Raya untuk melihat serta kaji keadaan ini, namun kalau dilihat daripada keadaan semasa Kuala Lumpur masih selamat kecuali ada bukti kajian,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memberi jaminan situasi sekitar Jalan Masjid India dan Kuala Lumpur amnya adalah terkawal serta selamat untuk dikunjungi.
Terdahulu, tular hantaran daripada seorang aktivis yang mendakwa Kuala Lumpur merupakan tempat paling tidak selamat di Malaysia.

Dalam hantaran berkenaan turut menyebut 40 hingga 60 peratus dasar Kuala Lumpur adalah batu kapur dan pembangunan tanpa henti dengan sistem saliran yang tidak tersusun boleh menyebabkan kejadian itu lebih cepat berlaku.
Sumber: Malaysia Kini
The post ‘Tiada bukti kukuh KL tak selamat’ – Datuk Bandar Kuala Lumpur appeared first on The Reporter.




