Tiada Cukai Jalan, Insurans, JPJ Tidak Akan Kompromi Dengan Sesiapa!

LocalPolitics
17 Dec 2025 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang  yang memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sah.

Itu kata Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli selepas diminta mengulas  tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita sebuah kenderaan mewah milik seorang pempengaruh media sosial yang mencetuskan perhatian ramai.

image is not available

Menurutnya,  tindakan sitaan dibuat selepas kenderaan berkenaan didapati tidak mempunyai perlindungan insurans selain LKM tamat tempoh, sekali gus mendatangkan risiko tinggi kepada keselamatan pengguna jalan raya.

"Apabila sesebuah kenderaan dipandu tanpa insurans dan LKM sah, risiko itu bukan hanya kepada pemandu dan penumpang, tetapi juga kepada orang awam.

image is not available

"Jika berlaku kemalangan, tiada perlindungan kepada mangsa dan ini isu keselamatan yang sangat serius," katanya pada sidang media Operasi Luxury 4.0 di Depoh Sitaan JPJ Kuala Lumpur.

image is not available

Mengulas dakwaan pempengaruh berkenaan yang memohon budi bicara, Aedy Fadly berkata permohonan sedemikian tidak boleh dipertimbangkan bagi kesalahan yang memberi kesan langsung kepada keselamatan awam.

"Kita tidak boleh berlembut apabila ia berkait insurans dan keselamatan jalan raya. Tindakan pegawai JPJ dibuat mengikut prosedur serta peraturan yang ditetapkan," katanya.