Tiada Cuti Gantian Automatik Pada 17 September Depan

3 Aug 2024 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tiada cuti gantian secara automatik diberikan pada hari bekerja 17 September depan walaupun berlaku pertindihan hari kelepasan am pada Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia yang masing-masing pada 16 September.

Menerusi pengumuman pada laman web Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, hal ini berikutan Akta Hari Kelepasan 1951 tidak memperuntukkan cuti gantian secara automatik bagi hari-hari kelepasan am bertindih atau jatuh pada hari bekerja yang sama.

"Meskipun demikian, kerajaan boleh menetapkan suatu hari lain untuk diterima sebagai hari kelepasan am sekiranya perlu," kongsi kenyataan itu.

Sumber: Harian Metro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved