“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Entertainment
30 Apr 2024 • 4:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebelum ini, sebuah jenama produk kecantikan iaitu Kitsui telah bertindak mengaburkan muka pelakon wanita terkenal, Ruhainies dalam video ucapan berbuka puasa sempena Ramadan lalu.

Perkara itu dilakukan oleh produk kecantikan berkenaan selepas tular isu membabitkan aktres berkenaan dan Aliff Aziz yang ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah, Kuala Lumpur.

Jelas Kitsui, syarikat itu tidak menyokong mana-mana pihak yang berkelakuan buruk atau kontroversi serta memohon maaf atas kesulitan dan kekeliruan yang berlaku melibatkan aktres wanita berkenaan.

Ramai sangka Ruhainies duta jenama coklat Godiva selepas muat naik gambar ais krim

Terbaharu, selepas Kitsui kini timbul pula satu isu baharu membabitkan syarikat coklat Belgium terkenal iaitu Godiva sehingga mereka terpaksa membuat kenyataan penafian ada mengambil Ruhainies sebagai duta produk.

Penafian tersebut dilakukan Godiva selepas diserang netizen yang menyangkakan syarikat itu ada kaitan dengan Ruhainies.

Difahamkan isu ini mula timbul selepas Ruhainies memuat naik satu foto memegang ais krim di Instagram Story dan menyebut (tag) syarikat jenama coklat itu.

“Ufff @godivamalaysia S A U ❤️,” tulis Ruhainies.

image is not available

Godiva Malaysia nafi ambil duta tempatan

Jelas, Godiva Malaysia syarikat mereka tidak mempunyai hubungan dengan duta tempatan.

“Komitmen kami kekal teguh dalam menyediakan coklat premium yang dinikmati oleh seluruh dunia,” katanya di ruangan komen dalam satu hantaran.

Malah syarikat itu, turut berterima kasih atas sokongan yang diberikan terhadap jenama coklat berkenaan.

image is not available

Terdahulu, orang ramai kemudiannya telah membanjiri ruangan komen di posting jenama coklat berkenaan kerana menyangkakan mengambil aktres wanita itu sebagai duta.

Malah ada juga mengugut mahu memboikot jenama berkenaan sekiranya benar mengambil pelakon berkenaan sebagai dutanya.

“Tolong suruh Ruhainies pada hantaran story tu, kami tak nak makan dah”

image is not available

“Tolong buat kajian sebelum pilih duta. Terima kasih”

image is not available

Isu ini turut menjadi sohor di laman X, malah ada juga yang sempat berseloroh dengan mengatakan produk coklat itu cepat bertindak berhubung isu berkenaan.

“Godiva bertindak awal takut kena kuasa boikot”

image is not available

“Semua tak nak ada kaitan dengan NRF ke AA ke MUSM ke”

image is not available