Tiada Elektrik & Mandi Di Sungai, 11 Beranak Sudah Tinggal Di Pondok Usang Tanpa Dinding Selama 18 Tahun

6 Nov 2024 • 2:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, seorang aktivis kebajikan bernama Adrian Edy meluahkan rasa sebak selepas menziarahi sepasang suami dan isteri terpaksa tinggal di pondok yang dalam keadaan daif bersama lapan orang anak di Sabah.

Suami isteri bersama lapan orang anak duduk di pondok usang

Kesusahan yang dialami oleh pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Aidil dan Vernnah itu didedahkan oleh Adrian sewaktu dia menziarahi mereka pada 31 Ogos lalu.

Difahamkan, pendapatan keluarga itu tidak menentu memandangkan Aidil bekerja sendiri dengan membantu membersihkan kebun penduduk setempat dan lebih menyedihkan, mereka tinggal di pondok usang yang tiada elektrik serta pergi ke sungai berhampiran rumah untuk membersihkan badan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adrian Edy (@adrianedy7)

Sudah 18 tahun mereka tinggal di situ, sejak kak Vernnah kahwin dan melahirkan anak pertama mereka, mereka sudah pun tinggal di situ, rumah mereka tiada elektrik, tiada bekalan air, ibarat sebuah pondok kecil sahaja.

Beri bantuan keperluan rumah, tanggung kos pembelajaran

Sedih melihat keadaan keluarga tersebut, Adrian telah menghulurkan bantuan seperti pasang lampu solar, kipas solar, tilam serta bekalan makanan bagi meringankan beban mereka.

image is not available

Adrian turut difahamkan menanggung kos pembelajaran anak-anak pasangan itu dengan harapan mereka dapat mencapai cita-cita yang diidamkan.

Bantal memang tiada, mereka tidur di atas papan sahaja setiap hari, belajar pun kadang tidak dapat belajar kalau malam sebab tiada lampu.

image is not available 2 months ago

Tular Video 'Influencer' Aisar Khaled Dilayan Bagai Sultan Di Indonesia, Netizen Terkejut - "Tolong Ambil Dia Terus"