“Tiada guna rekaan cantik tapi tak bawa pulang emas” – Isu Baju Rasmi Olimpik, Ini Respon CDM

Entertainment
26 Jun 2024 • 10:18 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 telah menerima kritikan hebat daripada orang ramai.

Netizen menyifatkan pakaian berkenaan tidak cantik dan mempersoalkan logo bendera Malaysia yang dikatakan tidak ‘tepat’.

Bagaimanapun, Ketua Kontinjen (CDM) Olimpik Malaysia, Hamidin Mohd Amin tampil mempertahankan rekaan pakaian rasmi negara itu.

Hamidin berkata, rekaan yang cantik tidak membawa sebarang makna jika Malaysia gagal membawa pingat emas sulung dalam temasya kali ini.

Mengulas mengenai warna emas yang digunakan berbanding warna jingga sebelum ini, Hamidin menjelaskan ia untuk membawa aura pingat emas yang sekian lama menjadi buruan negara.

image is not available

“Kita sudah setuju dengan Yonex (pengeluar pakaian rasmi) untuk tunjuk warna emas…warna jingga sudah lama sejak 2004 lagi, jadi ramai atlet sebelum ini minta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk tukar warna lain.

“MOM sudah sepakat dengan Yonex untuk tukar kepada warna emas kerana kita menyasarkan untuk menang pingat emas, itu sebenarnya tema dan Yonex juga berpendapat warna emas padan dengan warna hitam…jika warna cantik tapi tidak dapat emas atau pingat tidak guna juga,” katanya.

Selain rekaan yang menerima respon negatif, imej seperti bendera Malaysia pada pakaian tersebut yang ditukar kepada warna keemasan juga mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Namun, Hamidin yang juga timbalan presiden MOM menjelaskan imej tersebut bukanlah Jalur Gemilang seperti tanggapan ramai orang, sebaliknya logo rasmi MOM.

image is not available

“Warna jingga, emas, hitam biru semua boleh, ini logo Majlis Olimpik Malaysia bukan bendera Malaysia, jadi tiada masalah,” katanya.

Beliau mendakwa rata-rata atlet negara yang bakal beraksi pada Sukan Olimpik 2024, bersetuju dengan rekaan pakaian rasmi kontinjen negara di Paris.

Sementara itu, beliau berkata MOM mungkin membuka peluang buat orang ramai untuk membuat rekaan mereka bagi edisi Sukan Olimpik akan datang.

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.