Tiada had masa bayar RM50j untuk tahanan rumah

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 6:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiada had masa bayar RM50j untuk tahanan rumah

KUALA LUMPUR: Tiada tempoh atau had masa ditetapkan untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan denda RM50 juta yang menjadi syarat bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman tahanan penjara di rumah.

Peguam Najib, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, Najib kekal menjalani hukuman di Penjara Kajang selagi bayaran berkenaan belum dijelaskan.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu masih mempunyai ruang untuk memenuhi syarat berkenaan pada bila-bila masa, tanpa terikat dengan tempoh tertentu yang ditetapkan.

“Tiada tempoh atau had masa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat yang ditetapkan.

Hasnal Rezua sebelum ini menjelaskan bahawa kegagalan menjelaskan denda berkenaan bermakna Najib tidak dapat menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah dan akan terus berada di Penjara Kajang.

Malah, Utusan Malaysia pada kelmarin turut melaporkan pasukan guaman Najib ketika ini turut berusaha mendapatkan pelepasan sebahagian aset yang masih berada dalam proses atau di bawah kawalan pihak berkuasa bagi membantu memenuhi syarat berkenaan.

Dalam masa sama, usaha mendapatkan dana melalui pendanaan awam atau crowdfunding turut dipertimbangkan, namun jumlah RM50 juta merupakan nilai besar untuk dikumpulkan menerusi sumbangan orang ramai.

Hasnal Rezua berkata, sebarang usaha mendapatkan dana berkenaan perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa dan sekiranya perlu, permohonan pelepasan aset boleh dibuat melalui mahkamah.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar sebelum ini mengesahkan, RM50 juta belum dilunaskan dan bayaran perlu dibuat di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – UTUSAN

The post Tiada had masa bayar RM50j untuk tahanan rumah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved