Najib boleh bayar RM50 juta bila-bila masa, tiada tempoh ditetapkan

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 12:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih boleh memenuhi syarat pembayaran denda RM50 juta pada bila-bila masa bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.

Menurut laporan Utusan Malaysia, peguamnya Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, tiada tempoh khusus atau had masa ditetapkan untuk Najib melunaskan jumlah berkenaan.

“Tiada tempoh atau had masa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut beliau, selagi denda berkenaan belum dibayar, Najib akan kekal menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Image from: Najib boleh bayar RM50 juta bila-bila masa, tiada tempoh ditetapkan

Hasnal Rezua berkata, pembayaran RM50 juta itu boleh dibuat pada bila-bila masa dan Najib tidak terikat dengan tempoh tertentu untuk memenuhi syarat berkenaan.

Pada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, kelulusan itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta selain syarat-syarat lain yang ditetapkan.

Image from: Najib boleh bayar RM50 juta bila-bila masa, tiada tempoh ditetapkan

Foto arkib: Malay Mail

Sebelum ini, Hasnal Rezua menjelaskan bahawa sekiranya denda tersebut tidak dijelaskan, Najib tidak boleh menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah dan perlu terus berada di Penjara Kajang.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan guaman Najib dilaporkan sedang mengusahakan pelepasan sebahagian aset yang masih dalam proses atau berada di bawah kawalan pihak berkuasa bagi membantu memenuhi syarat pembayaran berkenaan.

Usaha mendapatkan dana menerusi kaedah pendanaan awam atau crowdfunding juga sedang dipertimbangkan, namun jumlah RM50 juta disifatkan sebagai nilai besar untuk dikumpulkan melalui sumbangan orang ramai.

Hasnal Rezua berkata, sebarang usaha mendapatkan dana perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa, manakala permohonan bagi pelepasan aset boleh dibuat melalui mahkamah sekiranya diperlukan.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar sebelum ini mengesahkan bayaran RM50 juta berkenaan masih belum dilunaskan.

Bayaran tersebut perlu dibuat di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sumber: Utusan Malaysia (Aslinda Nasir)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved