Tiada Hubungan Istimewa, Adib Hanya 'Hero' Dalam Muzik Video Iman Troye

2 Sep 2024 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh dan juga usahawan muda, Adib Aidil  menafikan mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyi, Iman Troye.

 

Hanya Berkawan

“Apa Adib boleh kata, Adib hanyalah seorang hero dalam muzik video dan hanya tolong untuk menjayakan kempen tersebut. 

“Relationship itu sebenarnya tiada, Adib hanya berkawan.

“Kami masih berkawan, tapi semua yang anda lihat hanya kerja semata-mata,” kata Adib kepada Gempak. 

 

Sebelum ini, Adib pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Iman dan dirinya sedang mengenali hati budi masing-masing namun untuk ke peringkat seterusnya ia masih terlalu awal.

Komitmen yang Tinggi


Dałam perkembangan lain, Gempak juga sempat bertanyakan adakah Adib sedia menerima tawaran berlakon jika diberi peluang selepas muncul dalam muzik video bersama Iman?

Namun jawapan Adib menunjukkan bahawa dia tidak bersedia untuk masuk ke bidang tersebut kerana takut tidak dapat memberikan komitmen yang baik ditambah jadual kerja yang padat.

“Tawaran berlakon kalau ikutkan sebelum ini ada, cuma untuk Adib terima itu Adib tak berani nak janji.

“Adib tahu kalau nak berlakon ni komitmennya tinggi, jadual kerja pun agak padat namun kalau diberi peluang untuk mengacara Adib mungkin mahu ambil peluang itu,” ujarnya.

Adib ditemui ketika sesi rakaman Gempak Most Wanted 100th Episode.