
Sekarang hangat di pawagam menayangkan sebuah filem pendekar Melayu yang berjuang untuk melawan penjajah iaitu filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Antara penjajah yang dilawan adalah J.W.W Birch dimana pada ketika itu dia merupakan seorang residen British di Perak.
Inisiatif Lembaga Muzium Negeri Perak bersihkan kubur J.W.W. Birch
Baru-baru ini tular sebuah hantaran di laman Facebook rasmi Lembaga Muzium Negeri Perak mengenai inisiatif pihak muzium bergotong-royong membersihkan kubur mendiang J.W.W Birch pada 14 Julai yang lalu.
Program Inisiatif Gotong-Royong Membersih Kubur J.W.W. Birch. Kakitangan Lembaga Muzium Negeri Perak telah mengambil…
Posted by Lembaga Muzium Negeri Perak on Tuesday, July 19, 2022
Mendapat pertikaian netizen yang dahsyat
Namun, hantaran tersebut mendapat banyak pertikaian oleh netizen yang mengatakan inisiatif tersebut tidak perlu dilakukan memandangkan mereka adalah penjajah yang telah merosakkan keharmonian Tanah Melayu pada ketika dulu.
Beberapa hantaran juga telah dimuatnaik di Facebook meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak muzium yang membersihkan kubur penjajah yang dikatakan tak perlu didendang.
“Ni bukan sejarah yang perlu didendang dan diangkat sehingga perlu membersihkan kubur penjajah nenek moyang sendiri.”
MEMBERSIHKAN KUBUR J.W.W BIRCHSaya terkejut melihat beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh laman web Facebook…
Posted by Hambali Idrus on Friday, July 22, 2022
Turut juga mendapat perhatian isu ini adalah seorang penceramah bebas yang dikenali sebagai PU Salman yang menegaskan hukum kerja membersihkan kubur bukan islam secara beramai-ramai.

Pihak muzium buka mulut, jawab persoalan netizen
Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee tampil mengulas berkenaan isu yang dibangkitkan di media sosial baru-baru ini. Menurutnya, kerja-kerja pembersihan kubur J.W.W. Birch itu sepatutnya tidak dijadikan isu atau kontrovesi.
Masyarakat seharusnya melihat kerja-kerja pembersihan tersebut melalui sudut positif lebih-lebih lagi tujuan utamanya adalah untuk memulihara tinggalan sejarah demi pengajaran bersama.
Malah, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa masyarakat terkesan dengan isu ini kerana pengaruh filem Mat Kilau yang kini sedang ditayangkan di pawagam. Orang kata semangat nak melawan penjajah tu ada!
“Sebenarnya tiada istilah hendak mengagungkan kubur atau tinggalan penjajah. Ia lebih kepada pedoman dan bukti sejarah negara.”
Kurang promosi terhadap tapak warisan lain
Nor Hisham juga berkata mungkin wujud kelemahan daripada pihak berkenaan dalam mempromosi tapak warisan lain yang turut dipulihara sebelum ini. Jadi, ramai masyarakat beranggapan pihak muzium hanya mengambil kisah tentang tinggalan penjajah sahaja.
“Sedangkan pihak terbabit memang sentiasa melakukan pemantauan dan pemeliharaan semua warisan yang diwarta di negeri ini. Seperti makam Sultan, Istana,muzium serta Rumah Dato’ Maharaja Lela yang sudah dibaiki.”

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
