“Tiada Istilah Generasi Manja” – Amir Ahnaf Tolak Dakwaan Generasi Muda Sensitif

LocalEntertainment
5 Dec 2024 • 11:24 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon sensasi, Amir Ahnaf menolak sekiranya generasi muda hari ini dilabel sebagai ‘generasi manja’ kerana dikatakan terlalu sensitif dan tidak kuat untuk menghadapi situasi yang sulit.

Tiada istilah generasi sekarang manja, hakikatnya kita semua memang dilahirkan untuk menjadi individu yang manja.

 

Sifat manja itu memang ada dalam diri semua orang dan manusia itu sendiri dijadikan sebagai orang yang sensitif jadi kenapa nak salahkan orang jadi manja?

image is not available

Memetik dari Kosmo, pelakon itu mendedahkan dirinya sedang belajar untuk mengawal emosinya daripada memberikan sebarang respons terhadap buli siber yang diterimanya.

Amir berkata orang ramai perlu menghentikan gejala buli siber ini kerana ia mampu menjejaskan kesihatan mental terutama dalam kalangan generasi muda.

Saya rasa kesihatan mental generasi muda sekarang lebih teruk kerana buli siber yang semakin berleluasa.

 

Tolonglah hentikan buli ini kerana sangat tidak matang. Ada banyak lagi benda boleh dibuat selain buli siber.

 

Cara saya elak terkesan daripada buli siber adalah belajar kawal emosi sendiri. Kalau kita tak mampu mengawalnya, semua perkara akan jadi lebih huru-hara selain menjadi hamba kepada emosi sendiri.

image is not available

Pelakon itu turut memberi nasihat agar kerap menghubungi orang sekeliling dan bertanya khabar bagi memastikan mental sentiasa dalam keadaan baik.

image is not available 1 month ago

“Saya Single, Tolong Carikan GF Sorang..” - Amir Ahnaf Akui Banyak Luangkan Masa Di Rumah Tonton Netflix