Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar

LocalPolitics
2 May 2025 • 6:10 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BANTING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada isu berbangkit berhubung Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli yang dilaporkan sedang bercuti dalam suatu tempoh yang lama.

Menyifatkan permohonan cuti sebagai perkara biasa bagi seorang pekerja, Anwar berkata beliau juga sedang mencari masa sesuai untuk mengambil cuti.

“Beberapa hari sahaja cuti, bagilah... tak ada isu pun. Saya pun nak cari beberapa hari nak cuti,” kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra, di sini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan menyatakan Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR bercuti sehingga 31 Mei ini, kerana tidak berpuas hati terhadap perjalanan pemilihan parti itu.

Perdana Menteri turut membayangkan yang beliau mungkin ingin mengambil cuti selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei.

“Saya pun belum ambil cuti, selepas sidang kemuncak ini boleh tak beri saya beberapa hari cuti,” kata beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved