“Tiada keperluan ke dunia politik” – Tak Kisah Diusik ‘Rosak’, KJ Selesa Dengan Kerjaya Sekarang

Entertainment
22 Mar 2024 • 2:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Khairy Jamaluddin yang merupakan mantan Menteri Kesihatan, telah mengubah kerjayanya sebagai penyampai radio selepas tidak lagi terlibat dengan aktiviti politik.

Walaupun dianggap ‘rosak’, Khairul Jamaluddin, 48, atau lebih mesra dipanggil KJ tidak terasa hati dan menganggap ianya hanya satu gurauan daripada orang ramai.

image is not available
Sumber: harian metro

Tiada keperluan kembali ke dunia politik

KJ berkata, dia kini seronok dengan kerjaya sebagai seorang penyampai radio, podcaster dan menegaskan tiada keperluan baginya untuk kembali bekerja dalam dunia politik.

Tak tahu lagi, tapi apa yang saya boleh katakan saya tengah seronok dengan kerjaya sekarang. Jadi tiada apa-apa keperluan untuk saya kembali ke dunia politik buat masa ini.

image is not available

Tak tolak rezeki menjadi pelakon

Walaupun sudah tidak bertanding untuk pilihan raya, KJ percaya dengan rezeki Allah dan teruja apabila dilantik menjadi salah seorang duta jenama baju Melayu, Elrah Exclusive pada tahun ini.

Saya sangat teruja untuk bersama kempen raya Elrah Exclusive pada tahun ini. Saya setuju untuk kempen Elrah ini pun sebab pemilik dia El Azman. Pendapat saya dia seorang usahawan tempatan yang berjaya dan saya juga suka martabatkan baju Melayu.

Bagaimanapun, KJ tidak menolak rezeki jika ada penerbit yang berminat mahu menawarkan peluang untuknya berlakon filem.

Sebelum ini, keputusan KJ untuk berubah profesion dari dunia politik ke dunia hiburan telah mendapat perhatian ramai. Walaupun kerjaya sebagai penyampai radio adalah bidang baru baginya, KJ telah dipuji ramai kerana mudah membiasakan diri.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.