TAK ADA KETULAN, MAKSUDNYA TAK ADA BREAST CANCER?
Tidak semestinya.
Hari ini bermulanya Pink October.
Dan mungkin ini perkara pertama yang kita perlu betulkan.
Bila sebut breast cancer, ramai terus mencari satu benda:
ketulan.
Ya, ketulan atau kawasan payudara yang terasa menebal memang tanda penting.
Tetapi bukan itu sahaja.
Perhatikan juga perubahan baru seperti:
Payudara berubah bentuk atau saiz.
Kulit menjadi berlekuk, tertarik atau berubah daripada biasa.
Puting tiba-tiba tertarik ke dalam.
Keluar cecair luar biasa atau berdarah daripada puting.
Atau apa-apa perubahan yang membuat anda sendiri rasa:
“Eh… dulu tak macam ni.”
Tidak semua perubahan bermaksud kanser.
Tetapi perubahan baru yang berterusan patut diperiksa.
Sebab tujuan kita bukan untuk diagnose sendiri.
Tujuannya ialah datang lebih awal apabila sesuatu berubah.
Pink October bukan sekadar warna merah jambu.
Ia peringatan untuk lebih mengenali tubuh sendiri.
Perubahan baru? Jangan tunggu ia menjadi besar baru periksa.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.


