Ziana Zain Enggan Ulas Isu Ops Sky – “Tiada Komen Sayang, Kak Gee Hanya Menyanyi”

LocalEntertainment
3 Feb 2025 • 9:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi popular, Ziana Zain memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai laporan media berhubung beberapa selebriti termasuk penyanyi terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.

Walau bagaimanapun, menurut Astro Gempak, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain berkata dia memahami tugas pihak media yang menginginkan penjelasan berhubung perkara itu.

image is not available

Tiada komenlah sayang. Kak Gee hanya menyanyi saja sayang.

Terdahulu, media melaporkan kenyataan daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang mana terdapat beberapa selebriti termasuk penyanyi terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perundingan kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.

image is not available 21 hours ago

Penyanyi Terkenal Antara Selebriti Yang Akan Dipanggil Oleh SPRM Minggu Depan