Tiada Kompromi Dalam Rasuah Atau Kes Pecah Amanah, Kata Zahid Hamidi

LocalPolitics
31 May 2023 • 11:12 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menegaskan akan mengambil tindakan kepada mana-mana pegawai atau kakitangan kementerian itu sekiranya didapati terlibat dengan kes pecah amanah dan rasuah.

Beliau berkata, tiada kompromi dari pihaknya sebagai Menteri KKDW dan Timbalan Menteri dalam soal integriti yang melibatkan rasuah, penyelewengan dan pecah amanah.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan semua pihak termasuk dirinya agar tidak hanyut dan leka dengan pujian namun perlu melakukan penambahbaikan dalam perkhidmatan.

“Justeru saya seru diri sendiri dan semua jangan pernah berpuas hati atau tersanjung dek pujian tetapi mesti melakukan penambaikan di kementerian ini,” katanya.

Kes Pecah Amanah KESEDAR Jadikan Iktibar

Terdahulu, seorang Penolong Akauntan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) ditahan kerana terlibat dengan kes pecah amanah RM24.8 juta sejak lapan tahun lalu.

Susulan daripada kes ini, Zahid turut menyeru kepada pegawai-pegawai khususnya pegawai di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) agar menjadikan kes ini sebagai iktibar dan tidak merosakkan prestasi cemerlang kementerian.

Untuk info, Zahid sedang dalam perbicaraan berhubung 47 tuduhan rasuah ke atasnya yang membabitkan dana Yayasan Akal Budi.

Sebelum ini, Zahid telah mengemukakan permohonan agar tuduhan rasuah ke atasnya yang melibatkan Yayasan Akal Budi digugurkan.

Beliau telah mengemukakan dokumen representasi yang mengandungi 200 lebih muka surat dan bukti baharu bagi meyokong pengguguran pertuduhan itu kepada Peguam Negara pada bulan lalu.

Perbicaraan semula berhubung kes ini ditetapkan pada 1 Ogos depan.

Source:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved