Tiada kompromi! PAT baharu janji ‘total clean-up’, tegas isu tatakelola dalam ATM

LocalPolitics
5 Feb 2026 • 9:45 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-24, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman, memberi jaminan untuk melaksanakan pembersihan menyeluruh atau total clean-up dalam ATM, selain menegaskan pendirian tegas tanpa sebarang kompromi terhadap isu tatakelola.

Total clean-up dalam ATM

Memetik laporan daripada Berita RTM, beliau menyatakan isu dan kontroversi yang tercetus kebelakangan ini wajar dijadikan peringatan serius kepada kepimpinan serta pengurusan ATM supaya pembetulan dilakukan secara berstruktur dan berpandukan undang-undang.

“Kita akur dengan keprihatinan dan kerisauan rakyat yang juga merupakan pemegang taruh besar kepada keselamatan negara ini… apa yang telah berlaku itu adalah sebagai satu peringatan kepada pengurusan di dalam Angkatan Tentera ini terutama yang melibatkan tatakelola, integriti, perolehan, pembangunan dan juga pengurusan kewangan,” katanya.

image is not available

Total clean-up dalam ATM, tiada kompromi terhadap isu tatakelola

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersempena hari pertama memulakan tugas di Kementerian Pertahanan.

Datuk Malek Razak memaklumkan tindakan sudah diambil oleh kementerian dalam tempoh sebulan lalu bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan.

“Jadi apa yang telah berlaku itu telah diambil tindakan dalam tempoh sebulan yang lalu oleh kementerian dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan kerana telah menggariskan dalam amanat beliau bagi tahun 2026 perkara penting, strategik dan pelan tindakan yang perlu dilaksanakan untuk menangani isu-isu yang berlaku ini,” katanya.

image is not available

Betulkan segala kelemahan untuk pastikan total clean-up ATM

Dalam masa sama, beliau menegaskan kepimpinan tertinggi ATM akan terus bergerak ke hadapan dengan membetulkan segala kelemahan yang dikenal pasti serta memberi kerjasama penuh dan telus kepada semua agensi kerajaan berkaitan.

“Kita akan memperbetulkan kelemahan yang berlaku dan kita akan beri kerjasama padu serta telus dengan semua agensi kerajaan yang terlibat bagi membersihkan nama Angkatan Tentera Malaysia,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Tolak rasuah, salah guna kuasa teras kepimpinan! Agong tekankan integriti kepada PAT baharu

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan situasi semasa sebagai ruang muhasabah dan peluang untuk memperkukuh organisasi, memandangkan ATM merupakan sebuah entiti yang berdaya tahan.

Beliau turut memaklumkan satu amanat akan disampaikan dalam masa terdekat bagi memperincikan pelan tindakan dan langkah strategik, selain menggariskan hala tuju ATM sebagai pasukan pertahanan negara yang terus diyakini rakyat.

Sumber: Berita RTM