Tiada konflik kepentingan penganugerahan kontrak THiJARI

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 10:03 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiada konflik kepentingan penganugerahan kontrak THiJARI

KUALA LUMPUR – Tiada konflik kepentingan dalam penganugerahan kontrak pembangunan platform digital THiJARI bernilai RM4.53 juta kepada Cyber Village Sdn. Bhd. pada 2019, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, kontrak itu dianugerahkan menerusi proses tender yang melibatkan enam vendor dan mengikut peraturan perolehan Tabung Haji (TH).

“Dalam hal ini, tiada konflik kepentingan dalam penganugerahan kontrak kepada syarikat Cyber Village Sdn Bhd kerana pemilik atau pengarah syarikat tersebut tiada hubung kait dengan kepimpinan TH dan terpilih melalui tender dengan kos projek yang paling kompetitif,” katanya dalam jawapan bertulis di laman rasmi Parlimen.

Zulkifli menjawab soalan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang ingin tahu jika TH menjalankan semakan konflik berkepentingan berhubung kontrak itu dan sama ada dapatan semakan itu pernah diaudit atau dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata, semakan profil pegangan syarikat turut dilaksanakan dalam proses perolehan bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan.

Beliau berkata, kontrak pembangunan sistem THiJARI dianugerahkan kepada Cyber Village berdasarkan kriteria teknikal dan merit yang memenuhi keperluan TH selain menawarkan kos projek paling kompetitif.

Platform THiJARI dibangunkan selaras dengan usaha TH menambah baik penyampaian perkhidmatan melalui aplikasi digital dan platform dalam talian yang telah dimanfaatkan oleh majoriti pendeposit sejak 2020.-Bernama

The post Tiada konflik kepentingan penganugerahan kontrak THiJARI appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved